BERITA COVID–19   Malaysia rekod kadar pengangguran terendah sejak krisis COVID-19 pada Jun 2022 | Sifar COVID-19 di Penjara Reman Pulau Pinang sejak Jun tahun lepas | Pemansuhan keperluan isi kad pengembara terpakai kepada warganegara, bukan warganegara - Dr Noor Hisham | Kes harian COVID-19 di Jepun pecah rekod | Vaksin COVID-19 Bangladesh dapat kelulusan untuk diuji pada manusia | 
DUNIA

Menteri Luar New Zealand adakan lawatan ke Malaysia dari 6-9 Ogos

06/08/2022 12:06 PM

PUTRAJAYA, 6 Ogos (Bernama) -- Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah akan menjadi tuan rumah kepada rakan sejawatannya dari New Zealand, Nanaia Mahuta, sempena lawatan kerja beliau ke Malaysia dari 6 hingga 9 Ogos.

Ini merupakan lawatan pertama Mahuta ke Malaysia sejak pelantikan beliau pada November 2020.

Kementerian Luar Malaysia, dalam satu kenyataan pada Sabtu, berkata kedua-dua menteri dijadual bertemu dan bertukar pandangan mengenai pelbagai isu dua hala, serantau dan antarabangsa yang mempunyai kepentingan bersama.

Antara topik utama perbincangan termasuk mengenal pasti mekanisme dua hala yang sesuai bagi mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua negara. 

Mahuta juga dijadual bertemu Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Seri Mahdzir Khalid bagi membincangkan isu-isu berkaitan kerjasama antara komuniti orang asli kedua-dua negara.

“Lawatan itu menunjukkan komitmen Malaysia untuk menjalinkan kerjasama yang lebih rapat dengan New Zealand.

“Selain itu, ia juga memberi peluang kepada kedua-dua negara meneroka lebih banyak potensi kerjasama dalam pelbagai sektor demi kebaikan bersama,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA
 


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan