BERITA COVID–19   Kes COVID-19 meningkat, Itali perketat protokol kesihatan | Canberra hadapi gelombang baharu COVID-19 - Kementerian Kesihatan | Singapura lapor kematian pertama bawah umur 12 tahun akibat COVID-19 | Tiada SOP tambahan laksana ibadah korban tahun ini - MAIK | COVID: Kes baharu meningkat, kematian menurun minggu lalu - Noor Hisham | 
DUNIA

Fahami Trend Terkini, Bina Masa Depan Lebih Cerah, kata Presiden China

23/06/2022 04:15 PM

BEIJING, 23 Jun (Bernama) -- Situasi antarabangsa yang mengalami perubahan ketika ini tidak akan mengubah trend keterbukaan dan pembangunan, serta aspirasi untuk bersinergi dalam merungkai cabaran, kata Preseiden China, Xi Jinping.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucaptama bertajuk ‘Fahami Trend Terkini, Bina Masa Depan Lebih Cerah’, secara maya di Forum Industri dan Perniagaan BRICS pada Isnin. 

Xi menegaskan bahawa negara-negara BRICS perlu berganding bahu bagi memelihara kedamaian dan kestabilan dunia, memacu pembangunan lestari global, mewujudkan situasi sama menang menerusi kerjasama, di samping memperluas keterbukaan dan keterangkuman.

Beliau berkata China akan berusaha mewujudkan pembangunan berkualiti tinggi dengan berpandukan konsep pembangunan baharu, sambil mempercepat pembentukan paradigma pembangunan baharu.

Jelas Xi, China juga komited mempertingkat tahap keterbukaan, dan terus mengoptimumkan iklim perniagaan yang berorientasikan pasaran, berlandaskan undang-undang serta bersifat antarabangsa.

Beliau menyifatkan mekanisme kerjasama BRICS sebagai wadah penting kepada kerjasama dengan negara pasaran baru muncul dan negara membangun.

Xi berharap bahawa para usahawan dapat terus menyumbang kepada pembangunan yang terbuka, inovatif dan dapat dikongsi, agar lebih banyak hasil pembangunan dapat dinikmati semua rakyat.

-- BERNAMA


Bernama menyediakan sumber terkini maklumat berita sahih dan komprehensif kepada umum dan agensi media. Berita kami dipaparkan di laman web www.bernama.com ; siaran BERNAMA TV: Saluran Astro 502, Saluran unifi TV 631, Saluran MYTV 121 IFLIX; dan siaran Bernama Radio di frekuensi FM93.9 bagi Lembah Klang, Johor (FM107.5), Kota Kinabalu (FM107.9) and Kuching (FM100.9).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2022 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan