BERITA COVID–19   PKP: Polis Petaling Jaya tambah dua lagi SJR | Kerajaan Kelantan larang gerai, penjaja tepi jalan beroperasi mulai esok | PKP: Sembilan sekatan jalan bermula hari ini | PKP: Sembilan sekatan jalan bermula hari ini | COVID: 666,495 individu terima dua dos vaksin setakat semalam - Dr Adham | 
DUNIA

Korban nyawa di Myanmar kini cecah 701 orang

11/04/2021 02:48 PM

KUALA LUMPUR, 11 April -- Korban nyawa di Myanmar terus  meningkat kepada 701 orang sejak tunjuk perasaan membantah rampasan kuasa tentera meletus, lapor Agensi Anadolu.

Laporan harian Badan Amal untuk Tahanan Politik berkata terdapat lagi korban terbaru membabitkan orang awam apabila pasukan keselamatan bertindak campur tangan.

Dalam kemas kini terbaru itu turut mendedahkan seramai 3,012 orang ditahan.

Sebanyak 656 waran tangkap dikeluarkan untuk penunjuk perasaan yang membantah rampasan kuasa.

Sekurang-kurangnya 82 orang terbunuh di Bago pada Jumaat apabila tentera campur tangan.

Tentera Myanmar melancarkan kudeta 1 Februari lalu, mendakwa berlaku penipuan semasa pilihan raya 8 November 2020 sekali gus menyebabkan negara ini dicengkam ketegangan politik. 

Tentera menahan beberapa pegawai dan pemimpin parti pemerintah, termasuk Kaunselor Negara Aung San Suu Kyi selain mengisytiharkan darurat selama setahun.

Pegawai tinggi yang ditahan dihadapkan ke mahkamah tentera, ketika demonstrasi terus berleluasa.

-- BERNAMA

 

 


 

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan