BERITA COVID–19   SIC diarah tangguh semua kejohanan drag | Kluster Jalan Canning Estate: Bazar Ramadan Stadium Perak dikawal ketat | COVID: 607 kes positif baharu, angka tertinggi direkod di Sarawak | Empat lokaliti di tiga daerah di Sabah, empat kampung di Pahang dikenakan PKPD esok | WHO terbit garis panduan sempena perayaan keagamaan | 
DUNIA

Kapal tangki dan kargo berlanggar di perairan Filipina

08/04/2021 03:29 PM

MANILA, 8 April  -- Sebuah kapal tangki minyak dan kapal kargo bertembung di perairan Cavite City, barat daya Manila, Filipina, namun tiada kecederaan dilaporkan, kata Pengawal Pantai Filipina (PCG) pada  Khamis.

Jurucakap PCG Komander Armando Balilo berkata kapal tangki Thailand, Rich Rainbow sedang belayar dari Filipina ke China sebelum berlanggar dengan Ivy Alliance yang berdaftar di Kepulauan Marshall.

Kejadian berlaku di perairan bandar Cavite pada Rabu malam dan tiada tumpahan minyak dilaporkan, menurut Agensi Berita Xinhua.

Perlanggaran itu menyebabkan kerosakan kepada kedua-dua kapal, kata Balilo.

PCG dimaklumkan mengenai insiden itu sebelum 10 malam, waktu tempatan Rabu.

Punca kejadian dan masa sebenar nahas berlaku sedang disiasat.

-- BERNAMA

© 2021 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan