JAKARTA, 14 Jan -- Indonesia mencatatkan kes baharu COVID-19 melepasi angka 11,000 untuk tempoh dua hari berturut-turut, menjadikan kes keseluruhan di republik itu kini meningkat kepada 869,600 kes.
Menurut data yang disiarkan di laman rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, covid19.go.id. hari ini, kes positif baharu COVID-19 di republik itu direkodkan tertinggi setakat ini iaitu 11,557 kes, selepas mencatatkan 11,278 kes semalam.
Jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini sebanyak 25,246 orang, selepas merekodkan 295 lagi kematian dalam tempoh 24 jam.
Provinsi Jakarta kekal provinsi tertinggi jangkitan virus itu iaitu 217,893 kes selepas mencatatkan 3,165 kes baharu.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta