Isnin, 18 Januari 2021
DUNIA
13/01/2021 07:21 PM

KUALA LUMPUR, 13 Jan -- Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menetapkan 2021 sebagai 'Tahun Kedamaian dan Kepercayaan Antarabangsa' sebagai kaedah berkesan menggerakkan masyarakat antarabangsa mengukuhkan perdamaian dan kepercayaan dalam hubungan antara negara, kata Wakil Khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk Asia Tengah, Natalia Gherman.

Gherman, yang juga Ketua Pusat Serantau PBB untuk Pencegahan Diplomasi Asia Tengah (UNRCCA), berkata Perhimpunan Agung PBB sebulat suara menerima  resolusi disyorkan Turkmenistan, menjadikan 2021 'Tahun Kedamaian dan Kepercayaan Antarabangsa.'

"Ia  menyasarkan untuk memperkukuh kedamaian dan kepercayaan dalam hubungan antara negara, khususnya berdasarkan dialog politik, persefahaman dan kerjasama bagi mencapai perdamaian, solidariti dan keharmonian yang berkekalan,” katanya dalam sidang media secara video di Ashgabat baru-baru ini.

Sidang media dalam bahasa Rusia itu diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris, dan dihadiri wakil pelbagai media asing, termasuk Malaysia.

Sementara itu, Gherman berkata, Dokumen Akhir Ashgabat - diterima pakai Disember lalu, menandakan ulang tahun ke-25 dasar berkecuali Turkmenistan - ia sangat penting kerana mendesak negara berkecuali untuk menjaga keamanan dan persefahaman bersama.

"Peranan dasar berkecuali amat penting dalam pembangunan hubungan damai, mesra dan saling menguntungkan antara negara di dunia yang dinyatakan secara komprehensif dalam Dokumen Akhir.

"Ia menyumbang kepada pengukuhan perdamaian dan keselamatan antarabangsa di peringkat serantau dan global,” kata Gherman.

Dokumen itu diterima pakai susulan Persidangan Antarabangsa "Dasar Berkecuali dan Kepentingannya dalam Memastikan Kedamaian, Keselamatan dan Pembangunan Lestari Sejagat" di Ashgabat, Turkmenistan, pada 12 Disember untuk menghormati ulang tahun ke-25 dasar berkecuali tetap Turkmenistan.

"Ulang tahun ke-25 Turkmenistan berkecuali secara simbolik bertepatan dengan ulang tahun ke-75 PBB," kata Gherman. 

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan