Sabtu, 16 Januari 2021
DUNIA
12/01/2021 05:28 PM

DOHA, 12 Jan -- Pesawat milik syarikat penerbangan Arab Saudi mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Hamad Qatar pada Isnin malam buat julung kalinya sejak 2017 selepas kedua-dua negara jiran itu menandatangani perjanjian damai.

"Susulan perjalanan semula antara #Riyadh dan #Doha, @Saudi_Airlines pertama tiba di @HIAQatar petang ini. #SAUDI," Agensi Anadolu memetik Qatar Airways di Twitter, berkongsi gambar penumpang Arab Saudi.

Ia menambah penerbangan dari bandar Jeddah dan Dammam, Arab Saudi juga akan disambung semula dalam beberapa hari lagi.

Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain juga mengumumkan pesawat penumpang Qatar Airways menggunakan ruang udara mereka.

Minggu lalu, Arab Saudi, UAE, Bahrain dan Mesir menandatangani perjanjian damai dengan Qatar semasa Sidang Kemuncak Majlis Kerjasama Teluk di kota al-Ula, Saudi.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan