ANKARA, 4 Jan -- Angka korban akibat COVID-19 di Amerika Selatan kini menghampiri setengah juta dengan 365,000 kematian dilaporkan pada Isnin, lapor Agensi Anadolu.
Menurut Johns Hopkins University, Brazil terus menjadi negara paling teruk diancam apabila lebih 196,000 orang meninggal dunia, hampir lima kali ganda jumlah korban di Colombia yang merekodkan 44,000 kematian - kedua tertinggi di rantau ini .
Diikuti Argentina dan Peru masing-masing hampir 43,500 dan 37,800 kematian.
Chile dan Ecuador di kedudukan enam teratas, Chile dengan 16,800 kes kematian manakala Ecuador lebih 14,000 kes.
Bolivia melaporkan 9,201 korban COVID-19 dan negara-negara Amerika Selatan lain mencatatkan kematian di bawah angka 3,000.
Sementara itu, media tempatan melaporkan angka kematian di wilayah Amerika Selatan dan Caribbean sudah melebihi setengah juta.
-- BERNAMA
TENTANG KAMI
Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia
Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com
Kategori
• Am
• Ekonomi
• Sukan
• Politik
• Dunia
• Rencana
• Tinta Minda
• Infografik
• Video
• Images
• Siaran Media Eksklusif
Lain-lain
• Laman Korporat
• Hubungi Kami
• Produk dan Perkhidmatan
• Kerjaya@BERNAMA
• Sebutharga / Tender
Ikut Kami
Hak Cipta