Sabtu, 28 November 2020
DUNIA
22/11/2020 03:46 PM

BEIJING, 22 Nov -- Bank Rakyat China bakal mengeluarkan duit syiling peringatan emas dan perak (kumpulan pertama) sempena memperingati Sukan Olimpik Musim Sejuk Ke-24 pada awal Disember nanti.

Menurut Jawatankuasa Penganjur Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing, antara jenis syiling yang akan dikeluarkan itu termasuk Syiling Peringatan Emas, Syiling Peringatan Perak dan Syiling Peringatan yang diperbuat daripada dua jenis logam mengandungi 30 gram emas dan 12 gram perak.

Syiling Peringatan Emas seberat 150 gram setiap keping itu akan dikeluarkan sebanyak 1,000 dan dua jenis lagi seberat lima gram setiap keping masing-masing akan dihasilkan sebanyak 40,000.

Syiling Peringatan Perak pula  seberat 150 gram akan dihasilkan berjumlah 20,000 dan empat jenis lagi seberat 15 gram masing-masing sebanyak 80,000. 

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan