Sabtu, 28 November 2020
DUNIA
22/11/2020 03:40 PM

BEIJING, 22 Nov -- Industri penjualan basikal elektrik di China mencatatkan jualan tahunan melebihi 30 juta buah sejak beberapa tahun kebelakangan ini, manakala hampir 300 juta basikal jenis itu sudah berdaftar setakat ini.

Menurut Pertubuhan Basikal China pada Jumaat jumlah pengeluaran basikal berharga RMB1,000 (RM620) ke atas amat memberangsangkan dan terus mencatatkan peningkatan.

Pada 2019 jualan basikal elektrik bateri lithium merangkumi 13.8 peratus dalam keseluruhan pengeluaran basikal elektrik, dengan jumlah pengeluaran tahunan menokok hampir lima juta buah, menyaksikan satu rekod baharu dicatatkan.

Menurut pegawai dari pertubuhan berkenaan, beberapa tahun kebelakangan pihaknya mempergiat pengeluaran dan penggunaan basikal elektrik bateri lithium.

Tambahnya, teknologi keselamatan bateri lithium premium turut menjadi keutamaan dalam Rancangan Lima Tahun ke-14 pembangunan sosioekonomi China.

-- BERNAMA


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan