Sabtu, 28 November 2020
DUNIA
20/11/2020 06:39 PM

JAKARTA, 20 Nov -- Tiga pelombong maut  apabila sebuah lombong emas haram runtuh pada Khamis di Kalimantan Tengah, Indonesia, lapor agensi berita Xinhua memetik seorang pegawai kanan agensi bencana tempatan pada Jumaat.

Tujuh lagi dipercayai masih tertimbus dan peluang untuk mangsa ditemui hidup adalah tipis.

Kejadian berlaku ketika 10 pelombong itu sedang bekerja dilombong yang terletak di Sungai Seribu di daerah Kotawaringin Barat, menurut Ketua Jabatan Logistik agensi pengurusan bencana tempatan, Martogi Siahaan,.

Pasukan penyelamat menemui dua mayat pelombong dan usaha mengesan mangsa yang tertimbus masih dijalankan, kata Siahaan lapor agensi berita Xinhua.

Misi mencari dan menyelamat turut membabitkan anggota tentera, petugas agensi bencana dan sukarelawan.

Dua lagi pelombong dilaporkan selamat.

Kerajaan Indonesia melarang aktiviti perlombongan haram ekoran banyak kemalangan berlaku yang meragut puluhan nyawa. Aktiviti perlombongan haram menyebabkan berlakunya penebangan hutan yang mencetuskan banjir kilat.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan