Sabtu, 28 November 2020
DUNIA
20/11/2020 02:38 PM

BEIJING, 20 Nov -- Kementerian Kewangan China menerbitkan bon kerajaan yang bernilai EUR4 bilion (RM19.4 bilion) pada 18 November.

Menurut kementerian, ini merupakan tahun kedua China mengedarkan bon kerajaan dalam EUR sejak dipulihkan pada tahun 2019.

Pengedaran bon kali ini juga merekodkan kadar bunga paling rendah untuk bon berdaulat China di luar negara.

Antara perincian bon itu termasuk terbitan EUR750 juta pada kadar – 0.152peratus untuk lima tahun, terbitan EUR2 bilion pada kadar 0.318 peratus untuk 10 tahun, dan terbitan EUR1.25 bilion pada kadar 0.664 peratus untuk 15 tahun.

Dari sudut perakaunan pula, sejumlah besar pelabur antarabangsa dilaporkan aktif terlibat dalam pengedaran kali ini, dengan jumlah tempahan mencatat 4.5 kali ganda berbanding jumlah diedarkan.

Sementara itu, kadar pecahan pelabur Eropah meliputi 72 peratus daripada keseluruhan jumlah bon, sekali gus memperlihatkan keyakinan pasaran modal dan pelabur antarabangsa terhadap ekonomi China.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan