Isnin, 26 Oktober 2020
DUNIA
15/10/2020 08:37 PM

BAKU, 15 Okt -- Menteri Luar Azerbaijan Jeyhun Bayramov dan rakan sejawatannya dari Rusia Sergey Lavnrov mengadakan perbincangan menerusi telefon atas inisiatif Azerbaijan, lapor Agensi Berita Azerbaijan (Azertec).

Bayramov memaklumkan mengenai ketegangan terkini yang berlaku di rantau itu. Menurutnya pada 14 Oktober kira-kira 1 pagi dan 8 pagi tentera Armenia mengaktifkan sistem peluru berpandu mereka di kawasan bersempadan dengan wilayah Kalbajar, Azerbaijan dan bersedia untuk melancarkannya.

Tentera Azerbaijan berjaya memintas sistem peluru berpandu itu.

Bayramov berkata tindakan tentera Azerbaijan untuk mempertahankan diri dan melindungi penduduk awam.

Menurut laporan itu, Bayramov menegaskan kepemimpinan politik dan tentera Armenia bertanggungjawab sepenuhnya atas peningkatan ketegangan di rantau berkenaan.

Sementara itu, Lavrov bimbang dengan korban melibatkan orang awam dan menekankan pentingnya menghormati gencatan senjata yang dipersetujui di Moscow sebelum ini.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan