Selasa, 29 September 2020
17/09/2020 03:48 PM

BOGOTA, 17 Sept --  Terlalu awal untuk Amerika Latin kembali kepada keadaan biasa, Pengarah Wilayah Organisasi Kesihatan Sedunia (WHO) Carissa Etienne memberi amaran pada Rabu.

"Amerika Latin telah kembali menjalani  kehidupan sosial dan awam yang hampir normal pada ketika COVID-19 masih memerlukan kawalan yang meluas," kata Etienne, ketika bercakap dalam taklimat maya dari Washington, lapor agensi Anadolu.

Etienne berkata, kes COVID-19 di kawasan sempadan Colombia dengan Venezuela telah bertambah dan angka kematian meningkat di beberapa bahagian Mexico, Ecuador, Costa Rica, Bolivia dan Argentina.

"Kita harus jelas bahawa pembukaan terlalu awal memberi lebih ruang kepada virus ini tersebar dan meletakkan penduduk kita pada risiko yang lebih besar. Lihat sahaja Eropah," katanya.

Amerika Latin mencatatkan lebih daripada 8.4 juta kes COVID-19 dan lebih daripada 315,000 kematian, menurut data Johns Hopkins University. 

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan