Khamis, 24 September 2020
DUNIA
16/09/2020 09:07 PM

BANGKOK, 16 Sept  -- Kedutaan Malaysia di Phnom Penh, Kemboja menganjurkan Malam Raikan Malaysia Dengan Filem sebagai acara sambutan Hari Malaysia, semalam.

Majlis yang diadakan dengan kerjasama Westec Media Ltd, pengedar filem Malaysia di Kemboja itu menyaksikan filem ‘Sangkar’ yang dibintangi Zul Ariffin dan Remy Ishak, ditayangkan kepada hadirin di Pawagam Legend Premium di Pusat Membeli-belah Chip Mong Noro, Phnom Penh.

Duta Besar Malaysia ke Kemboja Eldeen Husaini Mohd Hashim dan Ketua Pegawai Eksekutif Westec Media Ltd, Michael Chai hadir pada sesi tayangan filem itu, bersama kira-kira 80 pegawai kedutaan dan diaspora Malaysia.

Eldeen berkata program itu menyediakan platform untuk rakyat Malaysia yang menetap dan bekerja di Kemboja, terutamanya di Phnom Penh untuk meraikan Hari Malaysia serta memupuk perpaduan dan semangat patriotisme.

"Tayangan filem ini juga dapat menjalin hubungan yang lebih rapat dan erat antara kedutaan dan rakyat Malaysia yang tinggal di luar negara," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di sini, hari ini.

Menurut beliau tayangan filem itu secara langsung memberi sokongan kepada filem Malaysia dan pengedar filem Malaysia di Kemboja.

"Filem ini membawa mesej 'perpaduan kita adalah kekuatan kita'," katanya.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan