Isnin, 28 September 2020
DUNIA
14/09/2020 05:49 PM

KUALA LUMPUR, 14 Sept  -- Perjanjian Israel dengan Emiriah Arab Bersatu (UAE) dan Bahrain tidak mensyaratkan rejim itu menghentikan pembinaan penempatan haram dan pelan merampas tanah di Tebing Barat, kata Pertubuhan Kebudayaan Palestin Malaysia (PCOM).

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pada Isnin, PCOM berkata pemulihan hubungan antara UAE dan Bahrain dengan Israel juga tidak akan menghalang pendudukan rejim zionis itu di Semenanjung  Gaza, membebaskan tahanan Palestin atau menghormati kesucian kota Baitulmaqdis dan Masjid Al-Aqsa .

"Memulihkan hubungan dengan pihak Israel, tidak menjaga kepentingan rakyat Palestin seperti yang dituntut; sebaliknya, memberi Israel satu lagi peluang untuk menghapuskan perbuatan jenayahnya, yang sudah menjajah lebih banyak tanah serta membunuh lebih ramai orang Palestin," kata kenyataan itu.

PCOM juga menggesa masyarakat antarabangsa menolak usaha pemulihan hubungan itu kerana ia akan memberi lampu hijau kepada pendudukan Israel untuk memperluas dasar penjajahan dan pencerobohan ke atas Palestin.

UAE menjalin hubungan diplomasi dengan Israel pada 12 Ogos diikuti Bahrain pada 11 September, di bawah perjanjian damai yang diterajui Amerika Syarikat.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan