Isnin, 10 Ogos 2020
DUNIA
02/08/2020 06:30 PM

JAKARTA, 2 Ogos  -- Kes positif COVID-19 di Indonesia terus meningkat dengan tambahan 1,519 jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam, menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 111,455 kes.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sejumlah 63,366 pesakit masih dalam pemantauan.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 43 lagi kematian berlaku menjadikan jumlah keseluruhan korban di republik itu akibat coronavirus meningkat kepada 5,236 orang.

Provinsi Jawa Timur mencatatkan kes positif keseluruhan tertinggi iaitu 22,504 kes diikuti Jakarta (22,144) dan selebihnya di 32 provinsi lain.

Provinsi Jawa Timur turut mencatatkan jumlah kematian keseluruhan tertinggi iaitu 1,719 orang diikuti Jakarta (844), Jawa Tengah (655), Sulawesi Selatan (321) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan