Selasa, 04 Ogos 2020
01/08/2020 05:58 PM

JAKARTA, 1 Ogos  -- Kes positif COVID-19 di Indonesia kini berjumlah 109,936 kes setelah 1,560 kes baharu dilaporkan dalam tempoh 24 jam.

Berdasarkan data yang disiarkan di laman sesawang rasmi pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, www.covid19.go.id hari ini, sebanyak 57,816 pesakit masih dalam pemantauan COVID-19.

Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, sebanyak 62 lagi kematian berlaku, menjadikan jumlah keseluruhan kematian di republik itu kini meningkat kepada 5,193 orang.

Dalam tempoh 24 jam itu, provinsi Jakarta mencatatkan kes positif baharu tertinggi iaitu 368 kes, diikuti Jawa Timur (235), Jawa Tengah (143) dan selebihnya di wilayah-wilayah lain di Indonesia.

Bagi tempoh berkenaan juga, 21 lagi kematian berlaku di Jawa Timur, manakala di Jawa Barat sebanyak 13 kematian, Jakarta (12 kematian) dan selebihnya di wilayah lain.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan