Ahad, 09 Ogos 2020
DUNIA
30/07/2020 01:47 PM

MAKKAH, 30 Julai -- Kiswah Kaabah diganti pada Rabu malam dan proses itu dikendalikan oleh staf Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sesuai dengan tradisi tahunan, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Timbalan Ketua Presiden Umum untuk hal ehwal Masjidil Haram, Ahmed bin Mohammed Al-Mansouri, dalam satu kenyataan berkata Kaabah telah dipasang dengan Kiswah baharu atau kelambu khas.

Kiswah diperbuat daripada 670 kilogram (kg) sutera berkualiti tinggi, 120 kg benang emas dan 100 kg benang perak.

Sebanyak 200 pekerja mahir terlibat dalam pembuatan kiswah itu di Kompleks Raja Abdul Aziz, kata Al-Mansouri.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan