Isnin, 03 Ogos 2020
DUNIA
29/07/2020 03:57 PM

LAGOS (Nigeria), 29 Julai -- Dua orang terbunuh dan beberapa lagi cedera dalam letupan gas di sebuah kedai di Lagos, hab ekonomi Nigeria, memetik pegawai tempatan pada Rabu lapor agensi berita Xinhua.

Insiden letupan itu berlaku kira-kira 6.58 petang waktu tempatan (1758 GMT) pada Selasa di kawasan Estet Ajao di Lagos, turut menyebabkan beberapa kedai terbakar, kata ketua Agensi Pengurusan Kecemasan Lagos, Olufemi Oke-Osanyintolu.

Penyelaras Agensi Pengurusan Kecemasan Kebangsaan, Ibrahim Farinloye,  memberitahu media letupan itu berlaku disebabkan kesilapan seorang daripada juruteknik dalam mengendalikan silinder gas.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan