Ahad, 09 Ogos 2020
DUNIA
29/07/2020 01:19 PM

MAKKAH, 29 Julai -- Penasihat Mahkamah Diraja Sheikh Abdullah bin Suleiman Al-Manea akan menyampaikan khutbah Arafah untuk musim haji tahun ini, lapor Agensi Berita Arab Saudi (SPA).

Pemilihan itu dipersetujui oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud, menurut kenyataan Presiden Umum Hal Ehwal Dua Masjid Suci. 

Sheikh Abdullah juga merupakan ahli Majlis Ulama Kanan.

Khutbah Arafah akan disampaikan ketika jemaah haji berhimpun di Gunung Arafah untuk melakukan satu daripada rukun haji. 

Tahun lalu, khutbah disampaikan oleh ahli Majlis Ulama Kanan Sheikh Muhammad Bin Hassan Al-Asheikh di Masjid Namirah. 

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan