Isnin, 10 Ogos 2020
DUNIA
28/07/2020 01:46 PM

MOSCOW, 28 Julai -- New Zealand menghentikan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong setelah China meluluskan Undang-undang Keselamatan Negara untuk Hong Kong, lapor agensi berita Sputnik memetik Radio New Zealand.

“Adalah penting bagi New Zealand bertindak balas secara berkadar dan bersahaja terhadap undang-undang keselamatan nasional. Sebagai sebahagian tindak balas itu, Kabinet memutuskan untuk menghentikan perjanjian ekstradisi dengan Hong Kong,” kata Menteri Luar Winston Peters dalam satu kenyataan seperti dipetik stesen radio itu.

New Zealand tidak lagi dapat mempercayai bahawa sistem keadilan jenayah Hong Kong cukup bebas dari China. Jika China pada masa depan menunjukkan kesungguhan terhadap kerangka 'satu negara, dua sistem' maka kita akan mempertimbangkan kembali keputusan ini," kata Peters.

-- BERNAMA
 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan