Selasa, 04 Ogos 2020
DUNIA
24/07/2020 05:16 PM

MANILA, 24 Julai -- Tentera Filipina (AFP) pada Jumaat mengesahkan empat daripada lima askar maut dalam nahas membabitkan sebuah helikopter di utara Filipina, lapor agensi berita Xinhua.

Helikopter itu terhempas sejurus berlepas dari Stesen Udara Cauayand di bandar Cauayan, di wilayah Isabela, kira-kira 7 malam Khamis (waktu tempatan).

Jurucakap AFP Mejar Jeneral Edgard Arevalo berkata ketika nahas helikopter Tentera Udara Filipina (PAF) UH-1D Huey itu sedang melakukan sesi latihan. 

Seorang lagi mangsa dilaporkan selamat. Helikopter itu dinaiki dua juruterbang dan tiga kru.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan