Sabtu, 04 Julai 2020
DUNIA
30/06/2020 05:16 PM

KUALA LUMPUR, 30 Jun  -- Sempena Hari Alam Sekitar Sedunia yang disambut 5 Jun setiap tahun, kedutaan Colombia di luar negara bersama-sama mengadakan perbincangan maya mengenai dokumentari bertajuk 'Tacarcuna'.

Pertama kali diadakan, perbincangan kepelbagaian biologi itu membabitkan kedutaan Colombia di Jepun, Malaysia, Singapura dan Korea Selatan.

Perbincangan hari ini turut melibatkan ahli biologi terkenal Dr Brigitte Baptiste. 

‘Tacarcuna’ sebuah dokumentari mengenai gunung antara sempadan Colombia dan Panama, yang merupakan satu wilayah paling terkenal dan terancam di dunia.

Colombia disenaraikan sebagai antara negara "megadiverse" di dunia, menduduki tempat pertama dalam kepelbagaian spesies burung dan orkid serta di kedudukan kedua dalam kepelbagaian tumbuhan, rama-rama, ikan air tawar dan amfibia.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan