Sabtu, 04 Julai 2020
DUNIA
29/06/2020 07:39 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun  -- Colombia dan Malaysia sepakat mengenai perlunya kerjasama dalam sektor kesihatan awam berikutan penularan wabak COVID-19.

Menurut kenyataan Kedutaan Colombia di Malaysia kepada Bernama, Dutanya  Mauricio Gonzalez - dalam pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba di Putrajaya baru-baru ini - mengesahkan minat kerajaan Colombia untuk mengadakan dialog dua hala dengan Malaysia.

Pada pertemuan itu, Gonzalez turut menyampaikan dokumen mengenai kerjasama disediakan Kementerian Kesihatan dan Perlindungan Sosial Colombia kepada Dr Adham.

Sementara itu, Dr Adham juga menekankan pentingnya mewujudkan kumpulan kerja dengan Kementerian Kesihatan Colombia.

Pertemuan berkenaan sebagai sebahagian kerjasama antara Kementerian Luar, Kedutaan dan Kementerian Kesihatan Colombia.

Gonzales berkata kerjasama dua hala itu memberi peluang kepada kedua-dua negara bersama-sama mempelajari aspek penyelidikan dan pembangunan dalam sektor kesihatan awam serta berkongsi pengalaman ketika menghadapi ancaman COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan