Ahad, 05 Julai 2020
DUNIA
28/06/2020 06:56 PM

SINGAPURA, 28 Jun  -- Taman tema Universal Studios Singapore (USS) dan kasino di Resorts World Sentosa dan Marina Bay Sands, antara 13 tarikan di Singapura akan beroperasi semula secara berperingkat mulai 1 Julai.

Ia adalah sebahagian daripada aktiviti yang dibenarkan beroperasi semula dalam Fasa 2 selepas kelonggaran diberikan untuk perniagaan pelancongan, menurut Lembaga Pelancongan Singapura (STB) dalam laman sesawangnya hari ini.

Sebanyak 10 lagi tarikan adalah Bounce;  Flower Dome at Gardens by the Bay;  Taman Burung Jurong; Madame Tussauds; River Safari; Zoo Singapura; Zero Latency; Muzium ArtScience; Sands SkyPark and Observation Deck; dan Akuarium S.E.A.

Sebagai langkah berhati-hati, buat permulaan kebanyakan tarikan akan mengehadkan jumlah pengunjung tidak lebih 25 peratus kapasiti operasi pada satu-satu masa, manakala akses ke kasino  akan dihadkan kepada ahli kasino sedia ada dan pemegang levi tahunan sahaja.

“Dengan pembukaan semula sektor pelancongan secara selamat dan berperingkat, keutamaan STB adalah untuk memastikan perniagaan pelancongan menawarkan pengalaman yang selamat dan menyeronokkan kepada tetamu dan pelawat mereka,” kata Ketua Eksekutif STB, Keith Tan.

“Sektor pelancongan terjejas teruk oleh pandemik COVID-19, tetapi rakan industri kami telah bertindak secara profesional dan berdaya tahan,” kata Tan.

STB juga akan membenarkan pengusaha pelancongan domestik untuk mula mengemukakan permohonan mereka untuk beroperasi semula.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan