Rabu, 27 Mei 2020
DUNIA
21/05/2020 08:38 PM

ANKARA, 21 Mei -- Masjid di Turki tidak akan mengadakan solat sunat Aidilfitri di tengah-tengah penularan wabak COVID-19, umum pihak pentadbir agama pada Khamis.

"Solat sunat hari raya tidak akan diadakan di masjid-masjid kita kerana wabak COVID-19 yang sedang kita perangi sekarang," kata Direktorat Hal Ehwal Agama Turki (Diyanet) dalam satu kenyataan lapor agensi berita Turki. 

Namun, masjid di semua wilayah akan memperdengarkan doa khas serta alunan takbir raya sebagai mengisi slot solat sunat hari raya, kata Diyanet.

Rakyat Turki dijangka menyambut Aidilfitri pada 24 Mei.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan