Sabtu, 30 Mei 2020
DUNIA
21/05/2020 06:21 PM

JAKARTA, 21 Mei  -- Kes positif COVID-19 di Indonesia kini melepasi angka 20,000 kes dengan berlaku tambahan kes positif baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam iaitu 973 kes.

Menurut jurucakap Pemerintah Indonesia berkenaan COVID-19, Achmad Yurianto, jumlah kes positif kini berjumlah 20,162 susulan berlaku tambahan 973 kes baharu tertinggi bagi tempoh 24 jam, sejak kes pertama disahkan pada 2 Mac lepas.

"Bagi tempoh 12 tengah hari semalam sehingga 12 tengah hari ini, 36 lagi kematian berlaku menjadikan kes kematian akibat virus itu kini 1,278 orang," katanya.

Provinsi Jakarta masih mencatatkan kematian tertinggi iaitu 481 kes diikuti Jawa Timur (241 kes), Jawa Barat (124) dan selebihnya di wilayah lain di Indonesia.

Pelaksanaan pembatasan sosial berskala besar (PSBB) di provinsi Jakarta yang bermula 15 Mac lepas, masih berkuatkuasa sehingga 4 Jun ini.

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan