Sabtu, 30 Mei 2020
DUNIA
21/05/2020 02:53 PM

LA PAZ, 21 Mei  -- Presiden sementara Bolivia, Jeanine Anez, pada Rabu memecat Menteri Kesihatan Marcelo Navajas kerana didakwa terlibat dalam skim pembelian 170 ventilator buatan Sepanyol dengan harga yang tinggi untuk pesakit COVID-19, lapor agensi berita Xinhua.

Menteri Komunikasi Isabel Fernandez mengumumkan perkara itu kepada media selepas Navajas ditahan polis. 

Timbalan Menteri Kesihatan Eydi Roca akan memangku tugas Navajas buat sementara. 

Beberapa lagi pegawai lain yang terlibat turut dipecat, kata Fernandez.

Dua pegawai ditangkap pada Isnin, termasuk ketua jabatan perundangan Kementerian Kesihatan, Fernando Valenzuela, dan pengarah umum eksekutif AISEM, agensi yang bertanggungjawab mendapatkan peralatan perubatan, Giovani Pacheco.

Dua penasihat Bank Pembangunan Antara Amerika, yang meluluskan pembelian itu juga turut ditahan pada Rabu.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan