Sabtu, 30 Mei 2020
DUNIA
21/05/2020 01:57 PM

PHNOM PENH, 21 Mei -- Kemboja menarik balik larangan masuk pelawat dari Iran, Itali, Jerman, Sepanyol, Perancis dan Amerika Syarikat yang dikenakan sebelum ini bagi membendung penularan COVID-19, lapor agensi berita Vietnam (VNA) memetik Kementerian Kesihatan pada Rabu.

Bagaimanapun, pelawat asing masih perlu menunjukkan sijil, tidak melebihi tempoh 72 jam yang mengesahkan mereka tidak dijangkiti virus COVID-19 serta bukti insurans kesihatan bernilai US$50,000 semasa berada di Kemboja. 

Mereka perlu menjalani saringan COVID-19 dan dikuarantin selama 14 hari di kemudahan ditentukan kerajaan.

Kementerian Kesihatan berkata pesakit terakhir COVID-19 diizin keluar hospital pada 16 Mei, menjadikan negara kini bebas kes.

Mulai Jun Kemboja akan membuka semula semua muzium selepas tiada kes  jangkitan baharu COVID-19 dilaporkan selama lebih sebulan, kata Menteri Kesihatan Mam Bunheng.

Pembukaan semula muzium turut dipersetujui Perdana Menteri Hun Sen.

Untuk mengelakkan risiko jangkitan, Bunheng menasihatkan langkah pencegahan perlu diambil termasuk memeriksa suhu badan pengunjung, menyediakan pensanitasi tangan dan menjaga jarak sosial.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan