Sabtu, 30 Mei 2020
DUNIA
21/05/2020 01:03 PM

BAITULMAQDIS, 21 Mei  -- Mahkamah Israel pada Rabu memerintahkan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu hadir pada hari pertama perbicaraan kes rasuahnya yang dijadual 24 Mei ini, lapor agensi berita Xinhua.

Pada Selasa Mahkamah Daerah Baitulmaqdis menolak permohonan peguam yang mewakili Netanyahu untuk mengecualikan beliau hadir pada hari itu. 

Peguam berpendapat kehadiran Netanyahu tidak perlu kerana beliau telah dimaklumkan mengenai "dakwaan ini beberapa kali," dan lima pengawal peribadi diperlukan untuk memastikan keselamatan Netanyahu, membabitkan kos yang tinggi perlu ditanggung kerajaan.

Pada Ahad, pemimpin paling lama berkhidmat di Israel itu mengangkat sumpah jawatan selepas berjaya membentuk kerajaan perpaduan dengan bekas pesaingnya, Benny Gantz, pemimpin parti Biru Putih.

Perbicaraan tuduhan rasuah, penipuan dan pecah amanah Netanyahu sepatutnya bermula Mac tetapi ditangguhkan pada 24 Mei, ekoran penularan wabak COVID-19. 

Netanyahu, perdana menteri pertama dalam sejarah Israel yang dihadapkan ke mahkamah ketika masih memegang jawatan. Bagaimanapun, beliau menyangkal semua tuduhan itu.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan