Sabtu, 04 April 2020
DUNIA
26/03/2020 02:00 PM

WELLINGTON, 26 Mac -- Lelaki yang dituduh melakukan serangan di masjid Christchurch mengaku bersalah di sebuah mahkamah di New Zealand pada Khamis, lapor agensi berita Xinhua.

Brenton Tarrant, 29, hadir di Mahkamah Tinggi Christchurch untuk sesi pendengaran menerusi rakaman video, pada hari pertama perintah lockdown dikuatkuasakan akibat wabak COVID-19.

Tragedi serangan berdarah itu berlaku pada 15 Mac 2019 menyebabkan 51 orang maut.

"Pengakuan berkenaan memberikan sedikit kelegaan kepada waris mangsa dan mereka yang terkesan akibat insiden itu," kata Perdana Menteri Jacinda Ardern dalam satu kenyataan. 

Sebelum ini, tertuduh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan.

Tarrant, yang dipenjarakan di Penjara Auckland, hanya diam dan tidak menunjukkan sebarang emosi sepanjang perbicaraan.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan