Selasa, 07 April 2020
DUNIA
26/03/2020 01:08 PM

WASHINGTON, 26 Mac  -- Seramai 1,031 orang di Amerika Syarikat (AS) maut akibat COVID-19 setakat ini, dengan jumlah kes disahkan sebanyak 68,572, negara ketiga mencatat kes paling banyak di dunia, lapor agensi berita Anadolu.

Jumlah itu berdasarkan data yang dikumpulkan Universiti Johns Hopkins. China, mendahului senarai kes tertinggi dengan 81,667 diikuti Itali 74,386. 

Kematian pertama dilaporkan di Washington pada 1 Mac.

Pada Selasa, seorang pegawai Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) berkata AS bakal muncul sebagai pusat penyebaran wabak COVID-19 terbaru, memandangkan peningkatan kes yang mendadak setiap hari.

New York mencatatkan angka korban teramai iaitu 311 orang, Washington (100) dan New Jersey (44).

-- BERNAMA

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan