Selasa, 07 April 2020
DUNIA
25/03/2020 11:50 PM

SINGAPURA, 25 Mac -- Kementerian Kesihatan Singapura (MOH)  hari ini melaporkan tambahan 73 kes baharu jangkitan COVID-19 dengan 38 adalah kes import.

Dengan perkembangan terbaharu ini, jumlah keseluruhan kes adalah 631.

MOH dalam kenyataan hari ini berkata 38 kes mempunyai sejarah perjalanan ke Eropah, Amerika Utara, ASEAN dan beberapa negara Asia.

Salah satu kes import melibatkan seorang lelaki Malaysia berusia 30 tahun yang merupakan pemegang Pas Kerja Singapura.

Sementara itu, 27 kes lain dikaitkan dengan kluster atau kes-kes sebelumnya sementara lapan kes setakat ini belum dipastikan kaitan dengan kes lain dan pengesanan kontak masih dijalankan, kata kementerian itu.

Ia memaklumkan bahawa PCF Sparkletots Preschool di Bedok North, dan Dover Court International School, Dover Road telah dikenal pasti sebagai kluster baharu di republik itu.

Menurut kenyataan itu, lima lagi kes jangkitan COVID-19 telah discaj dari hospital, menjadikan keseluruhannya 160 kes pulih sepenuhnya.

Daripada 404 kes disahkan yang masih berada di hospital, kebanyakannya berada dalam keadaan stabil atau semakin pulih sementara 17 berada dalam keadaan kritikal di unit rawatan rapi, kata kenyataan itu.

Sehingga tengah hari tadi, MOH telah mengenal pasti 8,930 kontak rapat dan telah dikuarantin.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan