Rabu, 27 Mei 2020
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
28/04/2020 12:38 PM

KUALA LUMPUR, 28 April -- Majlis Perabot Malaysia (MFC) menggesa kerajaan agar melonggarkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) secara beransur-ansur untuk membantu kelangsungan industri perabot.

Presiden MFC Khoo Yeow Chong berkata kerajaan, pada masa yang tepat, boleh melaksanakan strategi pengezonan, pengelasan dan berkongsi masa untuk membenarkan syarikat membuka semula operasi.

“Industri perabot telah terjejas akibat PKP dan berdepan kesukaran memandangkan kos overhed akan berakru apabila pendapatan mereka terjejas.

“Perusahaan kecil dan sederhana adalah yang paling terjejas teruk dan dijangka tidak mampu bertahan daripada pelanjutan tempoh PKP atau sekatan keluar masuk dalam jangka panjang,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Pada Khamis lepas, Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan PKP dilanjutkan untuk kali ketiga dalam usaha kerajaan memerangi penularan COVID-19 di Malaysia.

Menurut Khoo, beberapa kilang perabot antaranya yang terbabit dalam pembuatan sofa, sub-kontraktor, pembekal dan juruhias berdepan penalti berkontrak dan dijangka menutup perniagaan kerana tidak menerima kelulusan daripada pihak berkuasa berkaitan untuk meneruskan perkhidmatan sewaktu PKP.

Jelasnya, hal ini berlaku walaupun kerajaan sebelum ini mengumumkan beberapa industri tertentu boleh membuat permohonan kepada Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) dan Lembaga Perindustrian Kayu Malaysia (MTIB) untuk meneruskan semula operasi semasa tempoh PKP. 

Sehubungan itu, Khoo berkata beliau telah mengadakan pertemuan dengan Timbalan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Dr Wee Jeck Seng yang berjanji untuk meneliti permohonan MFC.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan