Rabu, 27 Mei 2020
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
21/04/2020 07:40 PM

Oleh Aishah Mohmad Afandi

KUALA LUMPUR, 21 April (Bernama) -- Dalam persekitaran ketidaktentuan global berikutan pandemik COVID-19 yang membawa kepada sekatan pergerakan dan kawalan pergerakan di seluruh dunia, Serba Dinamik Holdings Bhd optimis mengenai unjurannya, terutamanya projeknya yang bernilai RM7.71 bilion di Abu Dhabi.

Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Datuk Mohd Abdul Karim Abdullah berkata projek itu, yang disokong oleh rangkaian pembekal, perunding dan kontraktor yang kukuh untuk menyokong kerja-kerja tersebut, akan terus mengukuhkan kedudukan syarikat di Timur Tengah.

“Kami telah beroperasi di rantau itu sejak 2001 dan telah berjaya sejak itu,” katanya dalam temu bual melalui e-mel hari ini. 

Beliau menegaskan projek ini bersifat kepelbagaian untuk mengurangkan kebergantungan kepada pendapatan minyak dan gas serta tidak lari daripada kecekapan terasnya berikutan Serba Dinamik amat kompetitif dalam kejuruteraan, perolehan dan pembinaan (EPC) serta IT - teknologi baharu.

Malah, dengan lebih 18 tahun rekod kewangan menunjukkan pengisytiharan hutang lapuk yang sifar mencerminkan ketelitian syarikat dari segi kutipan hutang.

Oleh itu, Karim berkata tidak wujud kebimbangan bahawa projek ini tidak akan mencatat prestasi yang baik seperti didakwa oleh pemerhati industri dan penganalisis berikutan beliau sendiri sebagai pengasas memulakan dan menyokongnya.

Di sebalik sekatan pergerakan, perniagaan seperti biasa untuk penyedia perkhidmatan tenaga antarabangsa itu yang dikategorikan di bawah ‘perkhidmatan penting’. 

“Kami tidak melihat operasi kami terjejas dengan ketara oleh situasi semasa,” kata Karim.

Sementara itu, katanya kontrak di Abu Dhabi yang diraih pada 15 April, memerlukan Serba Dinamik membangunkan tiga bidang kepentingan - hab inovasi yang termasuk pembangunan pejabat, restoran, pusat pameran dan pusat teknologi maklumat.

Ia turut merangkumi kampus akademik dan penginapan yang termasuk pangsapuri dan hotel, di kawasan seluas 455,000 meter persegi.

Mengenai keupayaan kewangan syarikat untuk membiayai projek itu, Karim berkata ia mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.

“Kami sentiasa memantau nisbah tahap kadar hutang kami untuk memastikan kami sejajar dengan jangkaan pasaran,” katanya.

Setakat ini, Serba Dinamik mempunyai nilai perolehan kontrak sebanyak RM10 bilion daripada pelbagai projek yang diraih.

Mengenai risiko projek itu, Karim berkata syarikat perlu membayar penalti 10 peratus jika ia melepasi tarikh akhir siap dalam tempoh empat tahun, seperti amalan pasaran yang standard.

“Syarikat juga berusaha untuk mengehadkan sebarang risiko melalui komunikasi yang berterusan dengan pihak berkuasa yang berkaitan untuk memastikannya tidak melanggar undang-undang, peraturan dan undang-undang di UAE,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan