Rabu, 27 Mei 2020
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
09/04/2020 03:20 PM

KOTA BHARU, 9 April -- Polis Kelantan menafikan laluan ke Kota Bharu hanya dibuka bermula dari 8 pagi hingga 1 tengah hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan berkata pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan sebegitu walaupun Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa Kedua yang berlangsung dari 1 April hingga 14 April ini lebih ketat berbanding PKP Fasa Pertama.

"Saya menafikan berita palsu yang tular di aplikasi WhatsApp ketika ini. Kita masih mengekalkan 36 sekatan jalan raya di seluruh negeri walaupun tahap pematuhan di Kelantan turun kepada 95 peratus semalam berbanding 96 peratus Ahad lepas," katanya ketika dihubungi hari ini.

Hari ini tular di aplikasi WhatsApp yang mendakwa kononnya bandar Kota Bharu hanya boleh dimasuki bermula dari 8 pagi hingga 1 tengah hari sahaja, selain tindakan keras akan diambil sekiranya melanggar arahan berkenaan kecuali ada surat daripada majikan.

-- BERNAMA

 

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan