Jumaat, 14 Ogos 2020
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
26/01/2020 10:53 PM

SEREMBAN, 26 Jan -- Setakat ini tiada kes 2019 Novel Koronavirus (2019-nCoV) dilaporkan di hospital swasta KPJ Seremban di sini, seperti yang tular di media sosial.

Perkara itu disahkan Pengurus Klinikal dan Operasi KPJ Seremban Dr Ahmad Syukri Jamaludin.

“Tiada kes wabak koronavirus di hospital ini setakat hari ini.

“Hantaran yang dibuat oleh salah seorang doktor pakar kita di laman sosial Facebooknya semalam yang turut disertakan dengan laporan makmal, mungkin telah disalah guna oleh sesetengah pihak dengan tidak menyertakan penjelasan doktor berkenaan,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini.

Hari ini, tular di media sosial laporan makmal dari KPJ Seremban, yang memaparkan laporan kesihatan seorang pesakit yang menerima rawatan di KPJ Seremban, bahawa kononnya pesakit itu didapati positif koronavirus.

Pakar Pediatrik hospital berkenaan dalam Facebooknya hari ini menjelaskan, bahawa pesakitnya itu bukan dijangkiti koronavirus.

-- BERNAMA

 

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan