Selasa, 07 April 2020
WAWASAN KEMAKMURAN BERSAMA 2030
14/11/2019 05:23 PM

KUALA LUMPUR, 14 Nov  -- Keberkesanan sistem penyampaian dan tadbir urus yang baik dalam perkhidmatan awam merupakan pemangkin kepada kejayaan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali berkata dua teras itu dapat memastikan kesemua perancangan kerajaan dilaksana dan disampaikan secara berkesan kepada rakyat.

“Berdasarkan prestasi penjawat awam dalam menjayakan dasar-dasar negara, saya penuh yakin penjawat awam secara kolektif akan sekali lagi menggalas cabaran baharu, sekali gus merealisasikan aspirasi rakyat yang mahukan sebuah negara yang maju, makmur lagi bermaruah serta dihormati oleh masyarakat dunia,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada ‘Ministerial Forum Series 2019’ Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) di sini, hari ini.

Turut hadir Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Datuk Mohd Khairul Adib Abd Rahman.

Selain itu, Mohamed Azmin menegaskan penjawat awam mempunyai peranan dan tanggungjawab untuk menegur dan menasihat pemimpin supaya mereka tidak lari daripada landasan dan amalan kerja yang baik. 

Sebagai contoh, beliau berkata amalan tersebut dipraktikkan di negeri Selangor semasa beliau menjadi Menteri Besar sebelum ini.

“Antara yang sering menegur saya ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor Datuk Mohd Amin Ahmad Ahya dan saya berlapang dada kerana saya percaya beliau ada tanggungjawab menegur pemimpin sehingga kami di Selangor menjadi keluarga besar,” katanya. 

Dalam pada itu, Mohd Khairul mahu penjawat awam menjadi penyampai perkhidmatan kepada rakyat sekali gus menepis persepsi negatif rakyat terhadap mereka. 

Katanya banyak komen negatif didapati di laman-laman sosial ketika ini yang mempersenda  perkhidmatan awam.

“Kita ini penjawat awam dibayar gaji oleh cukai daripada rakyat dan syarikat-syarikat, jadi kita sepatutnya berkidmat kepada mereka, tetapi bila rakyat mengharapkan perkhidmatan dan kita tak berikan perkhidmatan, ini yang membuatkan rakyat marah,” katanya.

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan