Jumaat, 23 Oktober 2020
PERBICARAAN SRC
28/07/2020 12:03 PM

KUALA LUMPUR, 28 Julai -- Polis memperketatkan kawalan di sekitar Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur termasuk dua laluan masuk utama bangunan itu berikutan Mahkamah Tinggi dijadual mengumumkan keputusan kes Datuk Seri Najib Tun Razak yang menghadapi tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International Sdn Bhd hari ini.

Tinjauan Bernama mendapati beberapa anggota polis ditempatkan di sekitar kawasan kompleks itu bagi mengawal aliran trafik dan situasi semasa.

Polis dilihat menggunakan pembesar suara untuk memaklumkan orang ramai yang hadir di luar kawasan pagar mahkamah supaya mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan memakai pelitup muka bagi mencegah penularan pandemik COVID-19.   

Kira-kira 1,000 orang penyokong bekas perdana menteri itu yang juga Ahli Parlimen Pekan, berkumpul di pekarangan kompleks mahkamah, di sini, sejak jam 5.45 pagi ini.

Difahamkan sebanyak 20 buah bas digunakan bagi membawa penyokong Najib termasuk dari Pekan dan Chini. 

Beberapa pengamal media yang mempunyai pas khas dibenarkan masuk tetapi jumlah wartawan dan jurufoto membuat liputan dihadkan selari dengan SOP COVID-19.

Sehingga 10.30 pagi, keadaan dilihat masih terkawal tanpa sebarang kekecohan dan kejadian tidak diingini.

-- BERNAMA


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan