Jumaat, 23 Oktober 2020
PERBICARAAN SRC
03/12/2019 08:05 PM

KUALA LUMPUR, 3 Dis -- Ketua barisan peguam Datuk Seri Najib Tun Razak, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah dalam kenyataan pembukaannya berhubung perbicaraan bekas Perdana Menteri itu yang melibatkan dana SRC International Sdn Bhd (SRC), memberitahu Mahkamah Tinggi di sini bahawa pihak pembelaan akan membuktikan bahawa Najib tidak terlibat dalam sebarang urusan rasuah.

Beliau berkata pihak pembelaan akan menampilkan bukti-bukti untuk merumuskan bahawa antara lain Najib tidak menyalah guna kedudukannya, tidak punyai kepentingan dalam SRC, tidak pernah menjadi ejen atau pengarah SRC International, tidak pernah menyalah guna dana itu sama ada secara langsung atau tidak langsung, dan bahawa RM42 juta yang yang dimaksudkan dalam kes itu tidak diterima oleh Najib sebagaimana yang didakwa menerusi pertuduhan berkaitan penggubahan wang secara haram.

“RM42 juta dipindahkan ke akaunnya tanpa pengetahuan atau pembabitannya, dan bukannya sebagai bentuk penghargaan dengan sebarang tindakan Najib yang berkaitan SRC International,” katanya dalam kenyataan pembukaan, sebelum Najib memasuki tempat duduk saksi sebagai saksi pembelaan pertama bagi menjawab pertuduhan terhadapnya berkaitan dengan dana SRC. 

Beliau berkata Najib yang juga Menteri Kewangan ketika itu telah diwakili secara salah berhubung transaksi yang terlibat serta baki sebenar dalam akaunnya dari tahun 2013 sehingga 2015 dan mereka dimanipulasi oleh pihak ketiga tanpa pengetahuan dan kelulusannya.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 11 Nov memerintahkan Najib, 66, membela diri terhadap tiga tuduhan pecah amanah (CBT), tiga pertuduhan pengubahan wang haram dan satu pertuduhan salah guna kuasa berkaitan dengan dana berjumlah RM42 juta itu setelah mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie terhadap bekas perdana menteri itu.

-- BERNAMA

 


 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan