Selasa, 07 April 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
27/03/2020 12:04 AM

KUALA LUMPUR, 26 Mac -- Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) menyambut baik usaha Malaysia Digital Economy Corporation (MDEC) melaksanakan Gerakan #DigitalvsCovid bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) tempatan yang terkesan dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Menterinya Datuk Saifuddin Abdullah dalam kenyataan hari ini berkata langkah berkenaan selaras dengan polisi kementerian yang sentiasa menyokong agenda memperkasakan ekonomi digital yang diterajui MDEC, satu daripada agensi di bawah kementerian itu.

Pada masa yang sama beliau turut mengalu-alukan penyertaan 80 syarikat tempatan bertaraf global di bawah program Global Growth Acceleration (GGA) anjuran MDEC yang tampil menawarkan kepakaran ketika negara berdepan situasi mencabar akibat virus berkenaan.

"Syarikat-syarikat ini akan berkongsi pendekatan digital masing-masing secara pro bono dan pemberian diskaun kepada PKS tempatan berteras teknologi digital untuk meneruskan perniagaan sepanjang pelaksanaan PKP. Program ini bertepatan dengan agenda digital negara yang mahu pelbagai golongan rakyat mendapat manfaat daripada ekonomi digital. 

"Lebih penting, penyelesaian yang diberikan oleh syarikat GGA itu selari dengan langkah-langkah seperti jarakan sosial, transaksi tanpa tunai dan penjagaan kebersihan diri pekerja bagi mengurangkan risiko terkena jangkitan COVID-19,” katanya.

Semalam, MDEC mengumumkan Gerakan #DigitalvsCovid yang menggunakan kepakaran GGA membantu perusahaan PKS tempatan yang berjaya dikoordinasi agensi itu dalam tempoh singkat bagi mengurangkan impak ekonomi yang dihadapi kelompok perniagaan berkenaan.

"KKMM menghargai maklum balas pantas yang diberikan pihak terlibat bagi menjayakan program ini. Pada masa yang sama, kementerian akan terus mencari kaedah terbaik untuk membolehkan pelbagai lapisan masyarakat dan komuniti perniagaan di negara ini mendapat manfaat daripada pelan yang diaktifkan secara digital oleh MDEC dalam waktu mencabar ini,” kata Saifuddin.

Penguatkuasaan PKP yang bermula 18 Mac hingga 14 April oleh kerajaan untuk membendung penularan wabak COVID-19.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan