Selasa, 07 April 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
26/03/2020 11:19 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac  -- Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia (ATM) tidak menerima apa-apa arahan daripada kerajaan untuk melibatkan Veteran ATM dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berjalan ketika ini.

 JHEV ATM dalam kenyataan hari ini berkata ATM masih mampu menangani setiap penguatkuasaan yang perlu dilaksanakan bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM). 

“Jelas keadaan sekarang masih terkawal di bawah tindakan agensi-agensi terlibat,” menurut JHEV ATM dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, khidmat veteran ATM dalam membantu kerajaan pada saat getir ini adalah dengan mematuhi setiap arahan kerajaan untuk kekal berada di rumah dan tidak keluar bagi sebarang urusan yang tidak perlu, supaya rantaian jangkitan COVID-19 dapat diputuskan.

Sebuah stesen televisyen tempatan hari ini melaporkan Presiden Persatuan Veteran Angkatan Tentera Tidak Berpencen (PVATTBM) Datuk Ismail Abidin berkata lebih 350,000 bekas tentera atau veteran ATM yang di bawah naungan persatuan itu bersiap sedia ditawarkan bagi membantu ATM dan PDRM dalam menangani wabak COVID-19 ketika ini.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan