Selasa, 07 April 2020
PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN
26/03/2020 09:42 PM

KUALA LUMPUR, 26 Mac  -- Semua pelaut tanpa mengira kewarganegaraan adalah tidak dibenarkan untuk membuat pertukaran anak kapal  (sign-on/off)  di mana-mana pelabuhan di Malaysia, bagi mengekang penularan wabak COVID-19.

Dalam notis kepada pemilik kapal, ejen perkapalan, nakhoda, pelaut, pengusaha pelabuhan, badan yang diiktiraf dan industri maritim, Jabatan Laut Malaysia (JLM) memaklumkan tindakan itu dikecualikan sekiranya pelaut di atas kapal tersebut memerlukan pemindahan perubatan atau pelaut di atas kapal telah memiliki gejala ketara COVID-19 dan mendapat pengesahan oleh JLM tentang pelabuhan yang dibenarkan.

Aktiviti pertukaran anak kapal disebabkan oleh perkara-perkara itu hanya dibenarkan sekiranya kapal yang terlibat, beroperasi tidak mengikut keperluan dokumen keanggotaan selamat dan hanya pelaut Malaysia sahaja dibenarkan untuk sign-on.

Selain itu, untuk pemindahan perubatan, pemilik kapal, nakhoda atau ejen hendaklah menghubungi Pusat Komunikasi Maritim (Puskom) melalui talian +603-3169-5233/5201 untuk mengaturkan pelabuhan pemindahan yang sesuai.

-- BERNAMA

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Lain-lain

Laman Korporat
Hubungi Kami
Sebutharga / Tender

Ikut Kami

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan