Ahad, 05 Julai 2020
KEMELUT POLITIK
25/03/2020 10:22 AM

IPOH, 25 Mac  -- Dalam situasi yang mencabar akibat penularan wabak COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan, beberapa pihak telah tampil untuk membantu para petugas barisan hadapan dan juga golongan yang memerlukan.

Di Perak - Tiga sahabat mengambil inisiatif menyediakan makanan kepada petugas barisan hadapan dan mereka yang memerlukan.

Tiga sahabat tersebut, peniaga, Mohd Hussin Pak Wan, 60; pengusaha restoran, Azlan Mohamed Saaid; dan Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Ipoh Barat, Mohammad Iskandar Abdul Rahman; berganding bahu, mengagihkan barangan dapur kepada masjid di Kampung Tengku Hussein dan masjid di Taman Kledang Jaya, untuk disalurkan kepada mereka yang memerlukan bantuan.

"Kami bermula daripada sumbangan ahli-ahli kumpulan WhatsApp 'Iskandar Polo Club Endurance Team', sehinggalah banyak pihak tampil memberi pelbagai bentuk sumbangan, termasuk kewangan serta bahan mentah, untuk dimasak dan buah-buahan," kata Mohd Hussin ketika dihubungi Bernama di sini.

Pada Isnin, mereka memasak 150 bungkusan makanan di sebuah restoran Simpang 3 di sini, untuk diagihkan kepada Ibu Pejabat Polis Kontinjen Perak, 50 bungkus untuk anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) dan 200 bungkus untuk penduduk di Flat Ashby Road.

Mohd Hussin berkata kerja-kerja memasak nasi dan lauk ayam masak kicap, ikan goreng serta sayur kobis, bermula pukul 8 pagi sebelum wakil pihak polis, Rela dan penduduk flat mengambilnya di restoran itu bermula pukul 11.30 pagi.

Sebagai langkah mengurangkan risiko jangkitan COVID-19, pihaknya meminta hanya wakil datang mengambil bungkusan makanan, selain memastikan jarakan sosial dan mereka juga memakai penutup hidung dan mulut, serta sarung tangan, selain memastikan kebersihan kawasan dapur.

Di JOHOR pula - Pusat Khidmat Rakyat Parlimen (PKRP) Johor Bahru mengaktifkan inisiatif ‘Tabung Makanan’ atau ‘food bank’, bertujuan membantu keluarga terutamanya golongan asnaf yang terputus bekalan, berikutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

PKRP itu mengumpul dan mengagihkan sumbangan berupa barangan makanan kepada asnaf dan keluarga, di bawah kawasan Parlimen Johor Bahru, mengikut kemampuan mereka.

Saban hari permintaan semakin bertambah, kata Anggota Parlimen Johor Bahru Akmal Nasrullah Mohd Nasir.

“Bagi mereka yang ingin menyumbang, kami mempunyai pasukan sukarelawan yang akan mendapatkan bekalan dari hypermarket, supaya penyumbang boleh kekal di rumah,” katanya menerusi laman sosial Facebook rasmi beliau.

-- BERNAMA  

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan