Khamis, 13 Ogos 2020
KEMELUT POLITIK
12/03/2020 03:31 PM

IPOH, 12 Mac -- Tiga pemimpin utama Perikatan Nasional Perak hari ini menghadap Sultan Perak Sultan Nazrin Shah di Istana Kinta di sini, bagi menyembah maklum mengenai situasi politik terkini di negeri berkenaan. 

Mereka yang mula tiba di istana berkenaan kira-kira 2.30 petang tadi ialah Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Perak, Datuk Saarani Mohamad; Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Perak Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Pesuruhjaya PAS Perak Razman Zakaria. 

Ini kali kedua ketiga-tiga pemimpin berkenaan menghadap Sultan Nazrin selepas yang pertama pada Selasa setelah Perikatan Nasional Perak sepakat untuk membentuk kerajaan negeri yang baharu.

TIGA PEMIMPIN PERIKATAN NASIONAL - 2

 

Pada Selasa, Sultan Nazrin memberi perkenan peletakan jawatan Ahmad Faizal sebagai Menteri Besar Perak. 

Sehari sebelum itu, Ahmad Faizal  mengumumkan Perikatan Nasional Perak terdiri daripada UMNO, PAS dan Bersatu mendapat sokongan 32 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada keseluruhan 59 ADUN bagi membentuk kerajaan baharu di negeri itu.

Pada 5 petang ini, tujuh bekas Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Perak daripada kerajaan negeri pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, dijangka menghadap Sultan Nazrin.

-- BERNAMA 

 

 

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan