Sabtu, 15 Ogos 2020
KEMELUT POLITIK
05/03/2020 08:11 PM

JOHOR BAHRU, 5 Mac -- Timbalan Pengerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) Johor Jimmy Puah Wee Tse mendakwa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pemanis Dr Chong Fat Full, yang mengumumkan keluar dari parti itu semalam perlu membayar ganti rugi RM10 juta kerana menurutnya Dr Chong pernah menandatangani satu perjanjian mengenainya sebelum ini.

Jimmy Puah berkata surat itu ditandatangani sebelum ADUN berkenaan mendapat watikah sebagai calon parti yang bertanding dalam pilihan raya.

“Sebelum kita dapat watikah untuk menjadi calon, kita diperlukan untuk tandatangani satu surat syarat, satu kontrak yang mana kalau sesiapa yang telah menang, lepas tu keluar daripada parti, maka dia kena bayar ganti rugi RM10 juta.

“Saya ada tandatangan, yang lain juga ada, dan saya yakin Dr Chong pun ada tandatangan. Jadi saya akan merujuk perkara ini kepada pusat (PKR pusat),” katanya kepada pemberita dalam sidang media, di sini, hari ini.

Puah berkata demikian ketika mengulas mengenai sama ada Dr Chong perlu membayar sejumlah wang kepada parti ekoran daripada tindakannya keluar parti bagi menjadi calon Bebas yang menyokong kerajaan Gabungan Baru yang membentuk kerajaan negeri hari ini.

Semalam, ketika mengadakan sidang media bersama kerajaan Gabungan Baharu, Dr Chong yang turut ditanya mengenai wang itu mengaku ada menandatangani ‘sesuatu’ tetapi enggan menjelaskan dengan lebih lanjut.

-- BERNAMA

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk[at]bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan