Isnin, 25 Mei 2020
KEMELUT POLITIK
29/02/2020 06:15 PM

PETALING JAYA, 29 Feb  -- Keputusan mencalonkan semula Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai calon perdana menteri dibuat bagi meleraikan kemelut kepimpinan negara, kata Ketua Umum Pakatan Harapan (PH) Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Presiden PKR berkata ini merupakan usulnya sendiri bagi mengelak negara terus terjerumus ke dalam kemelut politik.

"Semoga Allah merestui usaha kita dan menyelamatkan negara dan tumpukan perhatian untuk pulihkan ekonomi dan kehidupan rakyat," katanya yang turut mengucapkan penghargaan kepada kepimpinan PKR dan Ahli Parlimen yang bersetuju dengan usulnya.

Beliau ditemui selepas menghadiri mesyuarat bersama Ahli Parlimen PH di sebuah hotel, di sini, sebelum bertolak ke Istana Negara.

"Saya ke istana untuk sampaikan surat menyatakan perubahan pendirian PH daripada saya calon perdana menteri dan saya terharu dengan sokongan mereka, tetapi saya sekali lagi memilih untuk melihat kepentingan negara daripada agenda peribadi. 

"Jadi saya harap rakan-rakan jangan gusar dan kecewa," kata Anwar.

Sebagai rekod selepas Dr Mahathir meletakkan jawatannya, PH telah mencalonkan Anwar yang juga Ahli Parlimen Port Dickson sebagai calon perdana menteri.

Bagaimanapun, pagi tadi PH mengeluarkan kenyataan memberi sokongan penuh kepada Dr Mahathir untuk dicalonkan semula sebagai perdana menteri baharu.

Dr Mahathir turut mengeluarkan kenyataan pagi tadi menyatakan beliau telah mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen dan bersedia dicalon semula sebagai perdana menteri.

-- BERNAMA

 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan