Isnin, 25 Mei 2020
KEMELUT POLITIK
29/02/2020 02:32 PM

KUCHING, 29 Feb -- Sebarang keputusan yang bakal dibuat oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) bagi membantu mengakhiri kemelut politik di peringkat pusat akan mengutamakan kepentingan negara dan hak-hak Sarawak, kata Pengerusi GPS Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg hari ini.

Beliau berkata GPS akan mengambil pendekatan berhati-hati sebelum membuat sebarang keputusan berkaitan krisis itu.

Katanya GPS tidak menyokong kepimpinan yang tidak tetap pendirian hingga boleh menyebabkan negara dalam keadaan kucar-kacir serta tidak boleh memberi keutamaan kepada Sarawak.

“Kalaulah (pihak yang mahu mengambil alih tampuk kepimpinan negara) nak minta kami menyokong (mereka), okay, kami akan menyokong (kerana) kami mahu selamatkan Malaysia,” katanya pada majlis pelancaran GPS Zon Belaga dan Murum di Sungai Asap di Belaga, kira-kira 690 kilometer ke utara dari sini.

Dalam pada itu, Abang Johari berkata susulan kemelut politik sekarang, parti-parti yang terlibat dalam krisis itu mula memberi perhatian kepada mendapatkan sokongan GPS.

“Kalau orang lain minta tolong (mendapatkan sokongan GPS), kami akan kata ini bantuan daripada kami dengan syarat mereka tahu apa yang kami mahu. Kami akan tolong tetapi mestilah mereka menolong kami balik,” katanya.

-- BERNAMA

 

 

 


 

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan