Isnin, 25 Mei 2020
KEMELUT POLITIK
01/03/2020 01:35 PM

KUALA LUMPUR, 29 Feb -- Kemelut politik negara yang kini masuk hari ketujuh, menyaksikan tumpuan masih terarah ke Istana Negara, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijangka menerima mengadap ketua-ketua parti yang dipercayai bagi mencari jalan penyelesaian berhubung masalah kepimpinan negara.

Berikut adalah kronologi perkembangan politik negara hari ini: 

  • 9.24 pagi: Perdana Menteri Interim, Tun Dr Mahathir percaya beliau mendapat sokongan yang diperlukan di Dewan Rakyat untuk membentuk satu kerajaan baharu dan bersedia dilantik sebagai calon bagi jawatan Perdana Menteri ke lapan
  • 9.31 pagi: Majlis Presiden Pakatan Harapan menyatakan sokongan penuh terhadap Tun Dr Mahathir sebagai calon Perdana Menteri.
  • 9.58 pagi : Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin bergerak ke Istana Negara.
  • 10.03 pagi: Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Setiausaha Agung Pas, Datuk Takiyuddin Hassan, Setiausaha Agung UMNO Tan Sri Annuar Musa, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, Ahli Parlimen Gombak, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali tiba di Pintu 2 Istana Negara.
  • 10.43 pagi: Muhyiddin dan pimpinan parti Muafakat Nasional dilihat meninggalkan Istana Negara melalui pintu 2 setelah mengadakan pertemuan bersama Seri Paduka lebih 40 minit.
  • 10.43 pagi: Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meninggalkan Istana Negara melalui pintu 2 
  • 10.45 pagi: Muhyiddin tiba semula di kediamannya, bagaimanapun, beliau enggan memberi komen dan hanya menunjukkan isyarat thumbs up.
  • 11.35 pagi: Ketua Umum Pakatan Harapan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan bekas Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediamannya di Bukit Segambut.
  • 11.49 pagi: Kenderaan membawa Presiden Amanah, Mohammad Sabu, Ahli Parlimen Kuala Selangor, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, Ahli Parlimen Parit Buntar, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof dan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dilihat memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.
  • 11.59 pagi : Anwar tiba di Eastin Hotel, Petaling Jaya untuk menghadiri mesyuarat PH.
  • 12.02 tengah hari: Kenderaan membawa Mohammad Sabu, Dzulkefly dan Lim dilihat meninggalkan Istana Negara melalui Pintu 2.
  • 12.06 tengah hari: Susulan keputusan Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Bersatu pada 24 Feb lepas, Presiden parti itu Tan Sri Muhyiddin Yassin kini memangku jawatan berkenaan.
  • 12.40 tengah hari: Ahli Parlimen Larut Datuk Seri Hamzah Zainudin, Ahli Parlimen Alor Gajah Datuk Seri Mohd Redzuan Md Yusof serta Naib Presiden UMNO yang juga Ahli Parlimen Bera Datuk Seri Ismail Sabri dan Ahli Parlimen Padang Terap Datuk Seri Mahdzir Khalid antara yang tiba dan berada di kediaman Muhyiddin.
  • 12.44 tengah hari: Setiausaha Agung Bersatu, Datuk Marzuki Yahya menerusi kenyataan berkata Tun Dr Mahathir adalah satu-satunya individu yang mempunyai kuasa mutlak memimpin parti sebagai Pengerusi Bersatu.
  • 1.15 petang: Anwar meninggalkan Hotel Eastin, Petaling Jaya selepas menghadiri mesyuarat PH.
  • 1.30 petang: Kenderaan membawa Anwar dan Pengarah Komunikasi PKR Fahmi Fadzil tiba di Istana Negara Pintu 2.
  • 1.41 petang: Kenderaan membawa Anwar meninggalkan Istana Negara.
  • 1.37 petang: Ismail Sabri meninggalkan kediaman Muhyiddin.
  • 1.53 petang: Anwar tiba semula di Hotel Eastin.
  • 1.59 petang: Ahli Parlimen Beluran Datuk Sri Dr. Ronald Kiandee tiba di kediaman Muhyiddin.
  • 2.00 petang: DAP Sarawak bersedia bekerjasama dengan GPS sokong kerajaan PH
  • 2.06 petang: Ahli Parlimen Beaufort Sabah Datuk Azizah Mohd Dun tiba di kediaman Muhyiddin
  • 2.10 petang: Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin yang juga bekas Naib presiden PKR tiba dia kediaman Muhyiddin
  • 2.16 petang: Ahli Parlimen Jeli Datuk Seri Mustapa Mohamed tiba di kediaman Muhyiddin 
  • 2.19 petang: Ahli Parlimen Masjid Tanah, Mas Ermieyati Samsudin di kediaman Muhyiddin.
  • 2.47 petang: Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail meninggalkan Hotel Eastin.
  • 3.14 petang: Dr Wan Azizah meninggalkan Hotel Eastin.
  • 3.33 petang: Ahmad Zahid tiba di kediaman Muhyiddin.
  • 3.40 petang: Azmin tiba di kediaman Muhyiddin.
  • 3.40 petang: Anwar meninggalkan Hotel Eastin.
  • 3.55 petang: Anwar tiba di kediamannya.
  • 4.31 petang: Yang di-Pertuan Agong berkenan melantik Muhyiddin sebagai PM kelapan.
  • 5.20 petang: Muhyiddin memohon seluruh rakyat Malaysia menerima baik keputusan yang diumumkan Istana Negara ketika ditemui di kediamannya.
  • 7.24 malam: Anwar keluar dari kediamannya, dipercayai ke majlis perkahwinan sebelum ke Yayasan Al Bukhary.
  • 8.30 malam: Baru Bian menandatangani Akuan Berkanun (SD) di Yayasan AlBukhary menyokong Dr Mahathir sebagai Perdana Menteri.
  • 8.40 malam: Baru Bian tinggalkan Yayasan AlBukhary.
  • 9.00 malam: PH mengadakan Mesyuarat Tergempar Majlis Presiden di Yayasan AlBukhary yang turut disertai Dr Mahathir.
  • 11.00 malam: Dr Mahathir menerusi kenyataan memaklumkan beliau mempunyai sokongan 114 Ahli Parlimen. Beliau akan menghantar surat kepada Yang di-Pertuan Agong berkaitan perkara tersebut.

 

-- BERNAMA

MENARIK

TENTANG KAMI

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia
Wisma BERNAMA
No.28 Jalan BERNAMA
Off Jalan Tun Razak
50400 Kuala Lumpur
Malaysia

Tel : +603-2693 9933 (Talian Am)
Email : helpdesk@bernama.com

Kategori

Am
Ekonomi
Sukan
Politik
Dunia
Rencana
Tinta Minda
Infografik
Video
Images
Siaran Media Eksklusif

Hak Cipta

Penafian
Dasar Privasi
Dasar Keselamatan